MINGGU KEUSAHAWANAN
Sempena dengan minggu keusahawanan ini,semua mahasiswa fakulti keusahawanan & Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan semester 1 dikehendaki mereka bentuk 1 perniagaan yang akan berlangsung selama dua minggu bertempat di depan kolej kediaman. Minggu Keusahawanan ini berlangsung selama dua minggu di mana terbahagi kepada dua fasa iaitu minggu pertama dan minggu kedua. mahasiswa telah dibahagikan ke beberapa kumpulan mengikut kelas masing-masing. Terdapat lebih kurang 20 buah gerai yang terdapat di depan Kolej Kediaman kami. tujuan minggu ini berlangsung untuk mengajar mahasiswa supaya lebih tahu asas-asas perniagaan, membentuk mahasiswa supaya menjadi seorang usahawan, mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa, perpaduan dapat dibina, membuang perasaan malu, kerjasama terjalin dan mencari pengalaman. Berkemungkinan program yang berlangsung ini akan mendatangkan kegembiraan dan ada juga yang tidak.
Kumpulan saya diletakkan pada minggu kedua keusahawanan. Nama syarikat kami adalah SNACKS POCKET. Kumpulan kami mempunyai 11 orang ahli, 9 lelaki dan 2 orang wanita. Syarikat kami mengeluarkan produk buatan sendiri seperti chezzy wedges, fun fries, crab roll, tuna roll, hotdog roll dan air batu campur.
No comments:
Post a Comment