Tuesday, 18 December 2012
Final Exam
Ujian akhir semakin dekat dah..tinggal 3 minggu je lagi nak final.. Final exam ini akan bermula pada 6/1/2013 dan akan berakhir pada 13/1/2013.. ujian ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja dan kami akan bercuti selama 1 bulan...
Banjir di UMK
Sejak kebelakangan ini, Kelantan telah dihujani air hampir setiap hari, setiap masa.. Keadaan di UMK Kampus Kota juga di tenggelami air beserta dengan kawasann di sekelilingnya.. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan mahasiswa mahasiswi UMK untuk ke kelas atau kuliah.. tapi kita seharusnya bersyukur kerana hujan ini merupakan rahmat dari Allah S.W.T. ..
Monday, 17 December 2012
Minggu Keusahawanan
MINGGU KEUSAHAWANAN
Sempena dengan minggu keusahawanan ini,semua mahasiswa fakulti keusahawanan & Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan semester 1 dikehendaki mereka bentuk 1 perniagaan yang akan berlangsung selama dua minggu bertempat di depan kolej kediaman. Minggu Keusahawanan ini berlangsung selama dua minggu di mana terbahagi kepada dua fasa iaitu minggu pertama dan minggu kedua. mahasiswa telah dibahagikan ke beberapa kumpulan mengikut kelas masing-masing. Terdapat lebih kurang 20 buah gerai yang terdapat di depan Kolej Kediaman kami. tujuan minggu ini berlangsung untuk mengajar mahasiswa supaya lebih tahu asas-asas perniagaan, membentuk mahasiswa supaya menjadi seorang usahawan, mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa, perpaduan dapat dibina, membuang perasaan malu, kerjasama terjalin dan mencari pengalaman. Berkemungkinan program yang berlangsung ini akan mendatangkan kegembiraan dan ada juga yang tidak.
Kumpulan saya diletakkan pada minggu kedua keusahawanan. Nama syarikat kami adalah SNACKS POCKET. Kumpulan kami mempunyai 11 orang ahli, 9 lelaki dan 2 orang wanita. Syarikat kami mengeluarkan produk buatan sendiri seperti chezzy wedges, fun fries, crab roll, tuna roll, hotdog roll dan air batu campur.
Raya Haji
1st time beraya haji di perantauan.. beraya di Universiti Malaysia Kelantan..
bangun pagi siap2 pakai baju melayu yang berwarna silver untuk pergi menunaikan solat sunat hari raya aidiladha bersama kawan2.. dan selepas tu masak spagheti beramai-ramai menggantikan ketupat , rendang dan lain-lain lagi.. ape2 pon mmg sangt menyeronokkn beraya bersama member..kami berjalan-jalan meredah bumi Kelantan.. pergi ke UMK Kampus Bachok..
Subscribe to:
Posts (Atom)























































